Monday 6 May 2013

GE13

Fitnah berleluasa. Jangan sebarkan perkara yang kita sendiri tak pasti kesahihannya. Takut jadi fitnah yang berlarutan walau kita telah mati. Sanggup kita menanggung dosa gara-gara kelancangan kita bersuara? Kita boleh bersuara menyampaikan pendapat tetapi biarlah berbudi bahasa. Jangan sampai merendah-rendahkan atau memperbodohkan antara satu sama lain. Apa hak kita berbuat begitu? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W utusan Allah S.W.T seorang yang penyabar dan pemaaf. Kenapa tidak kita?

Kepada yang membuat provokasi kerana berlainan pendapat baik pro kerajaan mahupun pro pembangkang, minta maaflah. Mungkin percakapan atau penulisan anda menyebabkan ramai orang terasa hati. Maaf itu dituntut oleh Islam bahkan merupakan sikap mulia dan menunjukkan seseorang itu berjiwa besar. InsyaAllah. 
:)
Lihat kembali pada status dan komen-komen kita khususnya, maka akan terlihatlah sikap sebenar kita. Mari bersama-sama berusaha dan muhasabah diri. :)

"Tidak kira PR atau BN. Jaga kelakuan, jaga lisan, jangan buat provokasi yang boleh menyebabkan pergaduhan." - Ustaz Haron Din



No comments:

Post a Comment