Manusia
Sentiasa dipenuhi prasangka
Tanpa mengetahui punca
Tanpa mengetahui mana silapnya
Allahu
Sungguh manusia itu mudah lupa
Fitrah menyelubungi diri
Mengharap pada yang tak pasti
Pergantungan yang pasti binasa
Kerana melupakan diriNya
Namun Si Dia Maha Mengasihani lagi Maha Pemurah
Sentiasa mendengar rintihan rindu
Akan hamba yang cuba kembali
Dari jalan berduri yang mencarik hati
Kegembiraan dunia hanyalah sementara
Sementara alam di sana sudah bersedia
Menerima isi sama ada di syurga atau neraka
Timbangan amal menjadi saham
Penentu hidup kita akhirnya
Allahu Rabbi, moga kita tergolong antara mereka yang husnul khatimah (akhir yang baik). Aminnnn.
No comments:
Post a Comment