Thursday 7 August 2014

Raya Datang Lagi!

Testing3, one two three. Haa, berhabuk kau blog den ni. Perghhh (sambil meniup2 sarang labah2 yg bergayutan). Okey, fuhhhhh. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum uolss. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mohon halal segala ilmu, makan minum semua yerr. Ucapan ikhlas daripada Hamizah Azman dan keluarga (macam iklan pulokk dah). But on a more serious note, saya Hamizah Azman mohon maaf kepada semua yang kenal dan tak kenal diri ini andai pernah terkasar bahasa, menyakitkan hati, termengata dan semua yang boleh mendatangkan dosa la kiranya. Mana tahu kan yang tak pernah kenal kita pernah bersua. Dekat highway, shopping mall. Terlanggar bahu, terpijak kasut, teremosi masa tengah drive. Kita tak pernah perasan kan. Soo, maaf sangat2, saya cuma insan biasa yang tak boleh lari dari salah silap. Mohon maaf dan memaafkan sesama kita (berapa banyak maaf daaa). Moga esok menjadi hari yang lebih baik untuk kita. EHH, tetiba! :)


Muka terlebih excited dapat tangkap gambar sebelah sawah yang tidak tahu empunya siapa.

Sunday 11 May 2014

Jaga Adab, Jaga Bahasa

Ramai orang ingin berdakwah, tapi dalam sedar tak sedar mereka menjauhkan hati hati si mad'u
(orang yg ingin didakwah).
Jaga adab, jaga bahasa okey semua. :)

Thursday 13 March 2014

Kembali kepadaNya

Manusia
Sentiasa dipenuhi prasangka
Tanpa mengetahui punca
Tanpa mengetahui mana silapnya

Allahu

Sungguh manusia itu mudah lupa
Fitrah menyelubungi diri
Mengharap pada yang tak pasti
Pergantungan yang pasti binasa
Kerana melupakan diriNya

Namun Si Dia Maha Mengasihani lagi Maha Pemurah

Sentiasa mendengar rintihan rindu
Akan hamba yang cuba kembali
Dari jalan berduri yang mencarik hati

Kegembiraan dunia hanyalah sementara

Sementara alam di sana sudah bersedia
Menerima isi sama ada di syurga atau neraka
Timbangan amal menjadi saham
Penentu hidup kita akhirnya


Allahu Rabbi, moga kita tergolong antara mereka yang husnul khatimah (akhir yang baik). Aminnnn.

Sunday 13 October 2013

Cinta

Mencintai dalam diam
Dalam senyap
Tanpa bicara
Tanpa kata
Kita menyayangi

Bagaimana mencintai dalam diam?

DOA

Doa itu lebih menjaga iman
Iman diri, iman yang dicintai

Kadang-kadang menyatakan cinta secara terang-terangan
Kita tidak ikhlas
Kita akan berbangga dan itu bahaya

Memberi seharusnya dilakukan secara sembunyi
hanya kepadaNya kita berserah
Baru ada keikhlasan
Baru ada ketenangan
Tanpa mengharap balas
Cuma mohon ditunjukkan jalan

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari cinta yang sia-sia. Sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu. Agar tingkat imanku bertambah untuk mencintaiMu."

Wednesday 28 August 2013

I decided not to get closer to you.
Because it seems like in love,
the more I try to get closer,
the farther you get.

So will you just stay as you are in that place right now?


-Gary Leessang-