Saturday 13 April 2013

Kecantikan Sejati Lahir Dari Hati.



Awalnya aku tidak mempercayai diri sendiri dengan pakaian yang tertutup rapi..
Dalam pandangan segelintir manusia aku tidak bergaya..
TAPI.. Aku percaya akan ada penghargaan yang lebih baik dalam pandangan-NYA..


Wahai saudari yang aku cintai . . .

Cantik bukan bermaksud membuka aurat kita
Cantik bukan bermaksud selalu berdandan
Cantik bukan bermaksud menjadi seorang pujaan ramai

Ku hulurkan jilbab ku,
hingga terasa damai hati ku..
Ku longgarkan pakaian ku,
hingga tertutup bentuk tubuh ku..

Ku lakukan semuanya demi perintah Ilahi Rabbi,
dan ku berbisik dalam hati..
Semoga Engkau redha terhadap amal dan niat tulus ku,
kerana-MU...

Andai semua orang memahami
CANTIK LAHIR BUKANLAH UKURAN tetapi

CANTIK HATI menyentuh hati semua orang dan suri tauladan Rasulullah yang patut kita junjung tinggi dalam hidup kita... ^^,

No comments:

Post a Comment