Monday 22 October 2012

Wahai Adam

Jangan jadikan kami isteri hanya kerana kecantikan wajah yang tiada abadi,
Tapi jadikan kami sebagai isteri kerana kecantikan hati kami.

Jangan jadikan kami isteri hanya kerana hawa nafsu,
Tapi jadikan kami isteri kerana ketulusan dari dalam hati.

Jangan jadikan kami isteri jika hanya untuk dinikmati,
Tapi jadikan kami isteri untuk dikasihi dan disayangi.

Jangan jadikan kami isteri jika hanya dianggap sebagai wanita yang lemah,
Tapi jadikan kami isteri untuk dilindungi.

Kami hanya inginkan seorang pembimbing

Ketika kami khilaf, maka bimbinglah
Ketika kami salah, maka perbaikilah
Ketika kami derhaka, maka nasihatilah

Bimbinglah kami dengan kelembutan
Dan ajarlah kami untuk menjadi seorang isteri yang selalu berbakti... ^^


No comments:

Post a Comment